Howard Keturunan Maling

Howard keturunan pencuri dari Britain

SYDNEY 14 Feb. – Satu artikel di dalam akhbar Daily Telegraph hari ini mendakwa, Perdana Menteri John Howard mewarisi darah keturunan pencuri dari sebelah bapa dan juga ibunya.

Akhbar itu melaporkan, pendedahan tersebut bukan bertujuan menghina Howard tetapi lebih kepada usaha memberi “imej” kepada bekas peguam berumur 67 tahun itu.

“Bagi orang Australia, mengetahui salasilah sebagai bekas banduan merupakan pencarian yang kudus, terutama jika mereka dari kumpulan pertama.

“Ramai orang mempunyai hubungan dramatik dengan zaman pesalah itu dan saya sendiri suka berjenaka bahawa di Australia, salasilah seperti itu sama taraf dengan keturunan diraja,’’ kata Pegawai Eksekutif Persatuan Genealogi Australia, Heather Garnsey.

Kira-kira 157,000 pesalah jenayah telah dihantar ke Australia dari Britain di antara tahun 1788 dan 1868.

Moyang kepada datuk Howard dari sebelah ibunya, William Tooley merupakan banduan yang didapati bersalah mencuri gelang kulit penyu dan dihantar menaiki kapal Fanny pada tahun 1816.

Sementara itu, Thomas Becker iaitu moyang kepada ibu Howard, Mona, telah dijatuhi hukuman atas dua kesalahan dan dihantar ke Australia menaiki kapal Bengal Merchant pada tahun 1835.

Salasilah keturunan Howard diterbitkan secara bersiri menerusi rencana khas dalam Daily Telegraph bagi membantu rakyat Australia menjejaki keturunan mereka.

Warisan tersebut dianggap sesuatu yang memalukan suatu ketika dulu tetapi kini ia didakwa sebagai sesuatu yang mulia kerana kumpulan pesalah itu adalah “pemberontak terhadap pemerintah zalim di Britain.”

Bagaimanapun keturunan penjenayah ini hanya memperoleh penghormatan pada tahun 1980-an iaitu serentak dengan sambutan 200 tahun negara ini.

“Sebelum ini mereka orang yang tidak dikehendaki tetapi kini mereka dihormati,” ujar Garnsey.

Sumber berita : AFP 

~ oleh Siti Maryam Ali Noordien pada Februari 15, 2007.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: