Perampok Asal Indon

Tiga warga Indonesia merompak dipenjara, sebat

BUTTERWORTH 14 Feb. – Tiga sahabat karib warga Indonesia dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan merompak jongkong timah seberat 32 tan bernilai RM561,000 di Kawasan Perindustrian Valdor, Sungai Bakap pada 25 Januari lalu.

Ketiga-tiganya, Irpan, 27; Saepul Sahari, 22, dan Murki Drasad, 30, yang mengaku bersalah di atas tuduhan tersebut, turut dikenakan sebatan dua kali setiap seorang di atas kesalahan yang sama.

Kesemua tertuduh yang memakai baju T itu kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan ke atas mereka oleh Hakim Julie Lack Abdullah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Janariah Abdul Mutalib manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka melakukan kesalahan tersebut di kilang Kong Long Huat Chemical Sdn. Bhd. kira-kira pukul 3.30 pagi pada 25 Januari lalu.

Kesemua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

~ oleh Siti Maryam Ali Noordien pada Februari 15, 2007.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: